Assalamualaikum... saya dah lama tak tulis ceritakan? Sebab saya sibuk nak peperiksaan akhir tahun esok. Ni pun saya nak cepat. Saya nak kongsikan cerita gembira kepada korang semua. Macamni... haritu saya ada pertandingan koir patriotik jadi, saya dan kawan-kawan pun bersungguh-sungguh nak berlatih. Kami pun berlatih,berlatih dan berlatih sampai pergi ke Giant Ampangan tau! Jadi apabila hari pertandingan itu hampir tiba, kami pun mula berlatih sebanyak yang mungkin. Semasa hari pertandingan itu sudah tiba, kami berasa gementar sedikit. Apabila nama kumpulan kami dipanggil untuk naik ke atas pentas, kami berasa gementar.Kami pun menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Selepas kami hampir habis menyanyi, tiba-tiba ada sesuatu benda yang tidak diduga berlaku. Korang nak tahu apa yang terjadi? CD tu tiba-tiba bermasalah. Kami pun apalagi terus je lah menyanyi buat apa nak berhenti. Selepas itu, kami pun selesai menyanyi. Kami duduk semula ke tempat kami. Akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba! masa untuk mendengar keputusanlah. And finally, kami mendengar keputusan itu. Korang nak tahu kumpulan siapa yang menang? Alhamdulillah, kumpulan yang menang adalah kumpulan kami(kumpulan saya). Kami berasa sungguh gembira kerana mendapat tempat pertama. Itulah saya mahu memberi nasihat yang kita tak boleh cepat berputus asa. Yelah macam tadi, CD tu tiba-tiba je buat ragam. Banyak 'cekadaklah' CD tu. So, saya nak cakap berusahalah banyak2 sampai cita-cita anda tercapai. Oklah bye....... Assalamualaikum.