Hai, selamat pagi semua orang, saya akan menceritakan satu cerita yang bertajuk (Me and Penguin Of Madagascar At Universal Studio Singapore). Saya, ayah, ibu dan kakak telah pergi ke Johor Bahru untuk bercuti dan menikmati suasana yang terdapat di situ. Ibu dan kakak telah mencadangkan kami meneruskan perjalanan ke Singapura. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah teksi. Inilah kali pertama saya menjejak kaki di Singapura. Saya berasa sangat gembira dan kagum melihat bangunan tinggi yang berdiri tegak dan tersergam indah di tengah bandar raya Singapura. Di dalam teksi itu tiba-tiba kakak saya mendapat idea untuk hendak ke Universal Studio, Singapura yang terletak di Pulau Sentosa. Kami semua pun bersetuju terutama saya kerana saya belum pernah melawat ke sana. Kami bertukar teksi. Kami menaiki teksi Singapura. Apabila tiba di Pulau Sentosa saya melihat orang ramai mengunjungi Universal Studio. Salah satu aktiviti yang saya telah menyaksikan tarian oleh Penguin Madagascar. Kami juga tidak ketinggalan kami juga mengambil kesempatan mengambil gambar bersama penguin itu. Saya berasa seronok sekali.
No comments:
Post a Comment