Monday 22 August 2011

Rumah Hijau! :)

Rumah Hijau!(gembira)
Anda mesti sokong hijau tau!!! kalau tak, anda mesti rugi kerana hijau dapat
nombor tiga!!!!! hebat lah juga tu walau pun tidak dapat nombor satu!!!!!!!!!!.

Makan dan Minum

 My Child Cook Book ^_^
Alamak tak puasa! tapi masa ni belum bulan
puasa lagi


Saturday 20 August 2011

Wednesday 17 August 2011

Kawan-Kawan Tinggalkan Saya

Di sekolah tadi, semasa rehat saya hendak berehat dengan kawan saya tetapi kawan  pertama yang bernama Nur Aiezah Aleeya tinggalkan saya untuk pergi  berehat bersama penolong kelas.  Dan kawan  yang kedua pula  bernama Nuriezatul Kamilia tinggalkan saya untuk pergi ke perpustakaan bersama kawanya. Saya sahaja tinggal di dalam kelas untuk membuat kerja sekolah Bahasa Arab. Semasa loceng berbunyi  ( sudah habis rehat ) kawan saya pun sudah balik ke kelas. Saya pun menangis kerana mereka berdua tinggalkan saya dan akhirnya, kami pun bersalam-salaman dan kami pun berkawan baik. Itu lah ceritanya. Sekian

Saturday 13 August 2011

Ady Rifqi

Hai, kita berjumpa lagi dalam episod seterusnya. Ini anak buah saya. Dia sedang tidur. Namanya Ady Rifqi. Dia anak buah yang comel sekali. Dia seorang anak lelaki. Dia satu-satunya anak buah saya. Umur dia 2 bulan. Dia kuat minum susu. Saya sayang dia. Dia seorang anak yang baik hati kepada ibu dan ayahnya. Semua orang sukakan dia. Dia
mengikut cakap ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya sangat suka padanya, dia juga suka ibu dan ayahnya.

Thursday 11 August 2011

Kisah saya

My name is Siti Adibah.
My age is eight years old.I go to Sekolah Kebangsaan King George V.My school is big.

Saturday 6 August 2011

Saya dan lebah

Hai, kita berjumpa lagi di episod hari ini. saya akan menceritakan sebuah cerita yang bertajuk- Saya dan Lebah.  Pada suatu hari saya berpeluang untuk pergi melawat pameran di Maha. Pameran tersebut telah diadakan di tapak ekspo Universiti Putra Malaysia. Terdapat pelbagai pameran diadakan di sana antaranya ialah- pameran makanan, tumbuhan seperti padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ramai pengunjung yang datang di situ. Salah satu tempat yang saya kunjungi ialah bagaimana madu diproses. Saya melihat ramai orang mengambil gambarnya. Saya baru tahu bahawa madu ini diproses agak susah sekali. Tiba-tiba saya ternampak seekor lebah. Saya tidak takut dengannya. Lalu saya mengambil gambar bersamanya.

Friday 5 August 2011

Me and Penguin Of Madagascar At Universal Studio Singapore.

Hai, selamat pagi semua orang, saya akan menceritakan satu cerita yang bertajuk (Me and Penguin Of Madagascar At Universal Studio Singapore). Saya, ayah, ibu dan kakak  telah pergi ke Johor Bahru untuk bercuti dan menikmati suasana yang terdapat di situ. Ibu dan kakak telah  mencadangkan kami meneruskan perjalanan ke Singapura. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah teksi. Inilah kali pertama saya menjejak kaki di Singapura. Saya berasa sangat gembira dan kagum melihat bangunan tinggi yang berdiri tegak dan tersergam indah di tengah bandar raya Singapura. Di dalam teksi itu tiba-tiba kakak saya mendapat idea untuk hendak ke Universal Studio, Singapura yang terletak di Pulau Sentosa. Kami semua  pun bersetuju terutama saya kerana saya belum pernah melawat ke sana. Kami bertukar teksi. Kami menaiki teksi Singapura. Apabila tiba di Pulau Sentosa saya melihat orang ramai mengunjungi Universal Studio. Salah satu aktiviti yang saya telah menyaksikan tarian oleh Penguin Madagascar. Kami juga tidak ketinggalan kami juga mengambil kesempatan mengambil gambar bersama penguin itu. Saya berasa seronok sekali.