Friday 14 September 2012

Gambarku

Assalamualaikum, saya Siti Adibah. Gambar di atas ini ialah gambar saya. Sekejap lagi saya nak pergi rumah terbuka kawan saya yang bernama Aleya. Dia anak doktor tau. Kalau kawan saya sakit dia yang beri ubat untuk kawan saya. Oklah assalamualaikum. Ha sebelum tu saya nak cakap sorry sebab saya tulis sikit je maaf ye???? :) :3 

Monday 10 September 2012

Kawan saya yang tinggalkan saya. :(

Assalamualaikum, saya Siti Adibah mahu menceritakan tentang kawan baik saya, Wani. Dia sangat baik hati. Wani ketua kelas saya tetapi sejak kawan saya bernama Ain duduk di sebelah kawan saya( Wani ) Wani itu macam lebih mesra dengan dia. Tetapi apabila dulu-dulu saya duduk di sebelah Wani, saya tidak pernah mesra dengan Wani. Saya kecewa apabila saya teringat masa dulu-dulu saya duduk dengan Wani. Dulu-dulu saya asyik bergaduh dengan dia aje. Tetapi haritu apabila Ain tidak datang Wani kata begini, ''Alaaa tak bestlah Ain tak datang." tetapi kalau saya tidak datang dia tak pernah nak cakap begitu dengan saya. Saya tahu lah saya ni sombong busuk hati, tapi ye pun Wani tu kenalah layan saya elok-elok. Haritu saya bergaduh dengan Wani sampai saya menangis saya kata macam ni masa kawan-kawan saya pujuk saya ''Kita ingatkan Wani tu BFF kita tapi lupanya tidak. Kalau benda ni tak habis-habis lagi kita nak pindah sekolah sebab dalam ramai-ramai kawan kita tidak ada pun yang baik kecuali Aleya".Apakah perasaan anda apabila kawan anda tinggalkan anda begitu sahaja? 
a) Marah
b) Sedih
c) Gembira
d) Cemburu

Saya rasa itu sahaja yang saya mahu tuliskan di blog hari ini. Harap-harap Wani itu akan bemesra dengan saya macam dia bemesra dengan Ain itu. Amin.Sekian Terima Kasih. :(