Friday 16 October 2015

Takutnyaaa

Assalamualaikum...

Sekejap sahaja masa dah berlalu kan? Sekarang saya dah tahun 6 hihi. Dah besar dah saya ni. Sekarang saya dan kawan kawan sedang menunggu keputusan UPSR. Kami takut sangat dan berdebar-debar. Anda doakanlah kami semua supaya mendapat 5A okay? Harap harap kami dapat 5A. Amin. Saya harap apabila saya tingkatan 1 nanti, saya akan masuk ke sekolah yang sesuai untuk saya. Hari demi hari saya berdoa kepada Allah supaya lulus cemerlang UPSR. Hmm okaylah nak masuk tidur. Bye!

Thursday 30 October 2014

Perampas Kawan

Assalamualaikum... saya dah lama tak tulis cerita kan?????? Kali ini saya mahu menulis tentang 'PERAMPAS KAWAN'. Saya ada seorang kawan. Semenjak kawan saya ditukar tempat duduk dengan saya, dia dah jadi lain ... Dia duduk dengan tiga orang budak perempuan yang tak ada lah rapat sangat dengan dia dulu. Haritu bila saya chat dengan dia dekat fb,saya tanyalah dia yang dia kawan saya ke tidak. Lepastu dia cakap dia ingatkan saya tak kawan dia. Kemudian, saya cakaplah yang saya kawan dia. Kemudian selepas beberapa minit 'berchatting', dia cakap yang saya pernah tanya dia yang dia suka kawan dengan saya atau tidak. Saya cakap ya memang awak pernah cakap. Lepastu dia cakap yang masa kali pertama dia tengok saya, dia nak kawan dengan saya tapi bila dia dah kawan dengan saya, dia kata saya ni mengada-ngada lah gediklah dengan macam2 lagi benda yang negatif. Jadi saya terasa dan geram lalu menangis sebab selama saya kawan dengan dia selama 3 tahun, dia tak pernah cakap pasal benda ni... Lepastu dia jadi macam tu semenjak dia kawan dengan seorang kawan yang lain. Saya tak bermaksud yang diatak boleh kawan dengan orang lain. Sampai sekarang dia dah macam teruk sikit... Dulu satu homework pun dia tak pernah tinggal. Sekarang, banyak homework dia dah tinggalkan... tapi sekarang saya kawan dengan dia macam biasa je. Dulu dia tak suka menjerit tapi sekarang dah berani menjerit lepastu dah jadi gedik sikit tak macam dulu... Takpelah saya tetap sayang dia dan mahu berkawan dengan dia lagi. Jadi kawan saya yang MERAMPAS kawan saya ni, saya anggap dia tu sebagai 'PERAMPAS KAWAN'. Oklah itulah adalah luahan hati saya ok? But whatever, you still be my friend okay? I love you... Assalamualaikum...

Tuesday 24 June 2014

Usaha Tangga Kejayaan

Assalamualaikum... saya dah lama tak tulis cerita kan?????
Saya sekarang ni dah darjah 5.... Haritu saya dan kawan-kawan saya menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun... Soalan semua susah tapi saya bersyukur kerana saya dapat menjawab semua soalan itu dan markah peperiksaan saya juga sudah menaik :)... Saya amat bersyukur dengan keputusan yang saya dapat... Saya dapat 5A Alhamdulillah... jadi saya pun dah tahu saya dapat nombor berapa... saya tak nak bagitahu sebab nanti saya macam megah pulak... Oklah apa yang saya nak sampaikan adalah kita jangan berputus asa untuk berjaya tau???? Sesiapa yang keputusannya tidak cemerlang, tidak apa anda ada peluang lagi untuk mencuba.. tapi korang kenalah ulangkaji jangan pulak korang duduk diam tak buat apa-apa... 
Bak kata pepatah, Usaha Tangga Kejayaan...

Sunday 6 October 2013

Koir Patriotik

Assalamualaikum... saya dah lama tak tulis ceritakan? Sebab saya sibuk nak peperiksaan akhir tahun esok. Ni pun saya nak cepat. Saya nak kongsikan cerita gembira kepada korang semua. Macamni... haritu saya ada pertandingan koir patriotik jadi, saya dan kawan-kawan pun bersungguh-sungguh nak berlatih. Kami pun berlatih,berlatih dan berlatih sampai pergi ke Giant Ampangan tau! Jadi apabila hari pertandingan itu hampir tiba, kami pun mula berlatih sebanyak yang mungkin. Semasa hari pertandingan itu sudah tiba, kami berasa gementar sedikit. Apabila nama kumpulan kami  dipanggil untuk naik ke atas pentas, kami berasa gementar.Kami pun menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Selepas kami hampir habis menyanyi, tiba-tiba ada sesuatu benda yang tidak diduga berlaku. Korang nak tahu apa yang terjadi? CD tu tiba-tiba bermasalah. Kami pun apalagi terus je lah menyanyi buat apa nak berhenti. Selepas itu, kami pun selesai menyanyi. Kami duduk semula ke tempat kami. Akhirnya masa yang ditunggu sudah tiba! masa untuk mendengar keputusanlah. And finally, kami mendengar keputusan itu. Korang nak tahu kumpulan siapa yang menang? Alhamdulillah, kumpulan yang menang adalah kumpulan kami(kumpulan saya). Kami berasa sungguh gembira kerana mendapat tempat pertama. Itulah saya mahu memberi nasihat yang kita tak boleh cepat berputus asa. Yelah macam tadi, CD tu tiba-tiba je buat ragam. Banyak 'cekadaklah' CD tu. So, saya nak cakap berusahalah banyak2 sampai cita-cita anda tercapai. Oklah bye....... Assalamualaikum.

Sunday 11 August 2013

Alhamdulillah saya memenanginya.......

Assalamualaikum.....
Kita berjumpa lagi di episod seterusnya! Hari ini saya mahu menceritakan yang saya dapat nombor satu dalam pertandingan bersajak dan nombor kedua dalam pertandingan bercerita di sekolah saya... Alhamdulillah. Saya amat bersyukur kerana mendapat sesuatu anugerah daripada Allah. Semasa saya mahu bercerita, saya menangis kerana saya tidak sangka yang saya yang menang tempat kedua. Tempat pertama dalam pertandingan bercerita itu dimenangi oleh Nur Elissa Sofea iaitu ketua kelas dalam bilik darjah saya. saya tetap bersyukur walaupun saya mendapat tempat kedua.Tetapi di dalam pertadingan bersajak saya memenangi tempat pertama. Alhamdulillah dengan usaha saya, saya memenanginya. Tempat kedua dalam pertandingan bersajak ini pula dimenangi oleh Nuriezatul Kamilia iaitu kawan baik saya sejak tahun dua lagi. Jadi dalam cerita ini, saya mahu mengatakan bahawa usaha tangga kejayaan. Jika kita berusaha, insyaallah kita akan mendapat sesuatu yang kita mahu. Baiklah ini sahajalah cerita saya pada hari ini! Assalamualaikum........


__________The End__________

Tuesday 18 June 2013

Gembiranya!

Assalamualaikum...
Saya rasa gembira sangat hari ini sebab esok saya kena baca rhyme depan kelas.Semalam patutnya semua orang kena buat tapi disebabkan matapelajaran Bahasa Inggeris satu masa je... tulah saya tak dapat buat tu.Esok Insyaa-allah saya dapat buat dengan baik. Harap-harap saya dapat A+..... AMIN.Mesti kalau orang lain rasa gementar sebab malu nak cakap depan kelaskan??? Saya pun sama dua kali lima malu. Tapi sekarang dah tak rasa gementar Alhamdulillah. Patutnya minggu lepas saya kena buat benda ni tapi ramai orang tak sedia lagi. Oklah saya pun dah penat dah. Sekian terima kasih. Assalamualaikum.


SITI ADIBAH

Tuesday 21 May 2013

Sedih......

Assalamualaikum... kita berjumpa lagi dalam tahun 2013 ini! Saya sudah lama tidak menulis cerita kan???? Hari ini saya mahu berkongsi cerita  tetapi, ada cerita sedih pula..... Hari itu(7 Mei 2013) saya dan kawan-kawan saya sedang menjalani 'Ujian Pertengahan Tahun'. Saya baru membuka laman web yang bernama 'SAPS' untuk mengetahui saya mendapat nombor berapa. Saya mendapat nombor 7dalam kalangan 40 orang. Hari itu(Ujian 1) saya mendapat nombor 4. Saya berasa sungguh sedih. Saya tahu saya ini bukannya pandai sangat pun sebenarnya nak ikutkan dalam hati nak cakap saya ni bodoh je.Tidak apalah sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapat nombor yang terbaik. Walaupun begitu, saya akan terus berusaha!